Aug ‘19

Tengah
Hari




Dua belas tengahari,
Aku berpaksikan matahari,
Aku yang bersaksikan bayangan diri,
Aku, dimana harga diri?

Aku ini manusia,
Dan aku masih mencari.
Aku ini berdosa,
Malah mengetahui.

Aku selalu berkata,
Kadang kala disalah erti.
Kau pernah bertanya,
Waktu itu untuk melukai.

Aku ini manusia,
Soalku tentang kemungkinan.
Aku, jasad dan jiwa,
Perlu kebenaran.

Aku hanya manusia,
Yang ku cari keindahan.
Kau juga sama,
Itu juga yang dinampakkan.

Matahari tegak berpaksi,
Kita disuluh terang-terangan.
Aku adalah aku,
Kau perlu beri harapan.